Saturday 22 October 2011

HARI KELUARGA DAN SUKANEKA

Pada 24 julai 2011 yang lepas...kami telah mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka. Sambutan amat mengalakan apabila seawal jam 7:00 pagi lagi sudah kelihatan ibubapa telah sampai di Hutan Bandar Putra. Acara pertama adalah acara perbarisan oleh murid-murid dari cawangan Bandar Putra dan Taman Muhibah. kelihatan murid-murid sangat seronok dan berbangga ketika berkawan sambil memegang jalur gemilang dan di iringi muzik..



acara tarik upih oleh ibubapa

acara tarik bola dengan gelung rotan


acara lumba lari





antara-antara hadiah yang akan diberikan kepada pemenang


selepas itu, murid-murid dengan bersemangatnya telah menyanyikan lagu negaraku serta lagu negeri johor....sayangnya..lagu jalur gemilang tidak dapat dimainkan kerana kesilapan teknikal....nampaknya usaha murid-murid berlatih membuat gaya selama sebulan setengah tidak dapat dipertontonkan kepada ibubapa...takpelah, ini semua dugaan tuhan...






Selepas itu, Pegawai Pendidikan Swasta iaitu En. Shobri bin Hajar telah merasmikan Hari Keluarga dan sukaneka kita pada tahun ini...murid-murid nampaknya tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing..tidak kurang juga ibubapa...amat tidak sabar untuk menyertai acara yang telah disediakan...





pelbagai acara-acara yang menarik termasuklah...





MURID-MURID
· Lumba lari (4 thn,5thn dan 6 thn)
· Masuk bola alam bakul (5 thn dan 6 tahun)
· Kepit bola (5 thn, 6 thn)
· Bawa bola pingpong dengan sudu (4thn, 5thn, 6thn)
· Tarik bola guna gelung rotan (5thn, 6thn)
· Isi air dalam botol ( 5thn, 6thn)

IBUBAPA
· Berjalan atas tempurung (wanita dan lelaki)
· Rebut kerusi (wanita dan lelaki)
· Tarik upih (pasangan)
· Balingan kasih sayang (pasangan)
· Tarik tali (wanita dan lelaki)

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN
· Rebut kerusi
· Tiup belon sampai pecah
· Tarik upih
· Rebut gula-gula
· Cari gula dalam tepung
· Berjalan atas tempurung

semuanya amat seronok..disamping bermain kita juga dapat mengeratkan sillaturahim sesama kelurga mahupun rakan-rakan.... aktiviti seperti ini tidak akan kita lakukan dirumah..jadi, masa nilah kita rebut peluang yang ada untuk menunjukan kehebatan yang terpendam selama ini.



selepas berpenat lelah dan berhempas pulas.. siapa yang juara tetap membawa pulang hadiah..walaupun hadiah yang diterima tidak seberapa..tetapi bolehlah dijadikan kenangan manis..


tidak lupa juga kepada sponser-sponser kami..terima kasih..tahun depan bolehlah sponser lagi... ^_^




bermangat menyanyikan lagu Negaraku dan negeri Johor


kepada yang tidak menang pada kali ini janganlah bersedih....kita cuba lagi pada tahun hadapan...insyaallah...