Saturday 22 October 2011

HARI KELUARGA DAN SUKANEKA

Pada 24 julai 2011 yang lepas...kami telah mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka. Sambutan amat mengalakan apabila seawal jam 7:00 pagi lagi sudah kelihatan ibubapa telah sampai di Hutan Bandar Putra. Acara pertama adalah acara perbarisan oleh murid-murid dari cawangan Bandar Putra dan Taman Muhibah. kelihatan murid-murid sangat seronok dan berbangga ketika berkawan sambil memegang jalur gemilang dan di iringi muzik..



acara tarik upih oleh ibubapa

acara tarik bola dengan gelung rotan


acara lumba lari





antara-antara hadiah yang akan diberikan kepada pemenang


selepas itu, murid-murid dengan bersemangatnya telah menyanyikan lagu negaraku serta lagu negeri johor....sayangnya..lagu jalur gemilang tidak dapat dimainkan kerana kesilapan teknikal....nampaknya usaha murid-murid berlatih membuat gaya selama sebulan setengah tidak dapat dipertontonkan kepada ibubapa...takpelah, ini semua dugaan tuhan...






Selepas itu, Pegawai Pendidikan Swasta iaitu En. Shobri bin Hajar telah merasmikan Hari Keluarga dan sukaneka kita pada tahun ini...murid-murid nampaknya tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing..tidak kurang juga ibubapa...amat tidak sabar untuk menyertai acara yang telah disediakan...





pelbagai acara-acara yang menarik termasuklah...





MURID-MURID
· Lumba lari (4 thn,5thn dan 6 thn)
· Masuk bola alam bakul (5 thn dan 6 tahun)
· Kepit bola (5 thn, 6 thn)
· Bawa bola pingpong dengan sudu (4thn, 5thn, 6thn)
· Tarik bola guna gelung rotan (5thn, 6thn)
· Isi air dalam botol ( 5thn, 6thn)

IBUBAPA
· Berjalan atas tempurung (wanita dan lelaki)
· Rebut kerusi (wanita dan lelaki)
· Tarik upih (pasangan)
· Balingan kasih sayang (pasangan)
· Tarik tali (wanita dan lelaki)

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN
· Rebut kerusi
· Tiup belon sampai pecah
· Tarik upih
· Rebut gula-gula
· Cari gula dalam tepung
· Berjalan atas tempurung

semuanya amat seronok..disamping bermain kita juga dapat mengeratkan sillaturahim sesama kelurga mahupun rakan-rakan.... aktiviti seperti ini tidak akan kita lakukan dirumah..jadi, masa nilah kita rebut peluang yang ada untuk menunjukan kehebatan yang terpendam selama ini.



selepas berpenat lelah dan berhempas pulas.. siapa yang juara tetap membawa pulang hadiah..walaupun hadiah yang diterima tidak seberapa..tetapi bolehlah dijadikan kenangan manis..


tidak lupa juga kepada sponser-sponser kami..terima kasih..tahun depan bolehlah sponser lagi... ^_^




bermangat menyanyikan lagu Negaraku dan negeri Johor


kepada yang tidak menang pada kali ini janganlah bersedih....kita cuba lagi pada tahun hadapan...insyaallah...







Wednesday 22 June 2011

Mari Melawat Singapura

Pada 19 Jun 2011 (ahad) Buttefly Education Centre telah membuat lawatan pergi Ke Singapura. sebanyak 2 buah bas digunakan untuk membawa peserta seramai 83 orang termasuk para guru. semua peserta amat teruja sekali, kesemua peserta telah tiba di tadika seawal jam 7:00 pagi. tepat pada pukul 7:30 pagi kesemua peserta diminta menaiki bas dan kami bertolak ke Singapura. Destinasi pertama kami ialah R&R Tuas. Disana kami menikmati Juadah Sarapan pagi. Pelbagai hidagan yang ada seperti Nasi lemak, Mee Hoon, Mee Goreng, Kuih muih DLL.
Selepas menikmati sarapan pagi, Kami meneruskan perjalanan ke Kastam Malaysia untuk diperiksa oleh pegawai kastam. setelah melepasi satu halangan kini tiba pula halangan ke-dua iaitu Kastam Singapore. Di sana pemeriksaan dilakukan keatas beg terlalu ketat, sehingga walkey talkey cikgu Umi di tahan oleh
pihak Kastam Singapore. Mujurlah ada Hj Razali iaitu suami Cikgu Umi menyelamatkan keadaan. selepas melepasi halangan ke-2, kami terus ke destinasi pertama iaitu Science Centre.




science centre


Ini adalah antara permandangan yang terdapat di Science centre. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi disana. Disana juga kita dapat mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di Science Centre.



Terdapat juga rangka manusia yang sebenar. Selepas melihat pelbagai aktiviti Science yang mengujakan, kini tiba masa untuk kami ke Omni Theather. Di Omni Theather kami menonton cerita mengenai asal usul manusia dan kejadian bumi. Omni Theather mempunyai keunikan daripada pagung wayang biasa kerana ia mempunyai skrin yang separuh bulat dan kami menonton wayang sambil terasa macam kita berada disana juga. lebih-lebih lagi apabila ia memaparkan pemandangan dari helikopter, terasa diri kita jatuh juga bersama.


Kami juga sempat bergambar dengan patung angkasawan yang diletakkan di pintu keluar Omni Theater.


Pemandangan di Merlion. pada kali terakhir kami pergi kesana pada tahun 2009. bangunan dibelakang itu belum ada lagi. Tetapi kini pada tahun 2011 sudah terdapat bangunan yang tersergam indah dibelakang kami. Begitu pantasnya kejuruteraan di Singapura. Tapi sayangnya bangunan secantik itu dikatakan sebagai tempat Casino...Alllahhuakhbar!!


Setelah penat berjalan, kini tiba waktu bersolat Zohor di Masjid Sultan. Di sekitar Masjid Sultan terdapat deretan gerai menjual pelbagai barangan seperti keychain, magnet, tudung, pakaian dan bermacam-macam lagi yang boleh dibeli oleh pelancong untuk dijadikan buah tangan ataupun sebagai tanda kenangan. Guru-guru dan murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membeli palbagai jenis barangan yang dijual dengan harga yang agak murah.

Destinasi terakhir kami ialah Haw Par Villa, disini pelbagai patung-patung diukir mengikut tradisi orang cina. setiap patung mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Disana juga terdapat satu tempat yang begitu menarik perhatian guru-guru dan murid-murid iaitu tempat dimana ditunjukkan gambaran seperti didalam api neraka. terdapat patung-patung yang diseksa dengan pelbagai jenis seksaan. Setiap bahagian mempunyai plot-plot cerita tersendiri seperti jika suka cakap bohong, ia menunjukkan akibat lidahnya akan terjelir menjadi panjang. Disana guru-guru mengambil kesempatan untuk menjadikan ia sebagai satu pengajaran kepada murid-murid supaya mereka sentiasa berakhlak mulia. jika mereka ingkar mereka akan menerima akibat yang sama seperti iitu.


Bersemangat menaiki tangga untuk melihat pelbagai patung-patung yang menarik di Haw Par Villa.
peace!... amek nafas setelah mendaki bukit..penattt...

pemandangan di pintu masuk Haw Par Villa




Water Play..di Science Centre

antara tempat yang menarik di Science centre.

kami tiba di Tadika lebih kurang pukul 8.00 malam. Semua ibubapa, murid-murid serta guru-guru yang turut serta merasa penat didalam kegembiraan. Semoga di tahun depan kita dapat membuat program-program lawatan ke tempat-tempat yang lebih menarik yang mempunyai pelbagi input-input pengetahuan untuk murid-murid serta guru-guru.
















Sunday 15 May 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA

Adalah dimaklumkan bahawa Tadika Al Farashun akan mengadakan lawatan ke Singapura pada 19 june 2011 (ahad)

2. Pada lawatan kali ini, kita akan melawat ke Science Centre, Omni Theather, Masjid mukminun dan Merlion. Di Science Centre, kanak-kanak dapat mencuba pelbagai aktiviti Science yang menarik yang terdapat disana. Kami juga akan membawa kanak-kanak melihat lambang Negara Singapura iaitu Merlion.

3.Dibawah ini kami sertakan senarai harga bagi lawatan ini. Bayaran ini adalah termasuk tambang bas, passport sementara, tiket masuk,sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang.

4. Kanak-kanak akan diiringi oleh guru. Nisbah guru dan murid adalah 1:3. Kami amat mengalu-alukan sekiranya ibubapa berminat untuk menyertai lawatan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Hjh Aisyah 019-7155473

Sekian, Terima Kasih

Murid Tadika

RM 120

PAKEJ 1 RM 460

2 Dewasa

1 Kanak-kanak

PAKEJ RM 560

2 Dewasa

2 kanak-kanak

Umur bawah 12 thn

RM 150

Dewasa

RM 180

Wednesday 11 May 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA



scince centre
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SINGAPURA

Adalah dimaklumkan bahawa Tadika Al Farashun akan mengadakan lawatan ke Singapura pada 19 june 2011 (ahad)

2. Pada lawatan kali ini, kita akan melawat ke Science Centre, Omni Theather, Masjid mukminun dan Merlion. Di Science Centre, kanak-kanak dapat mencuba pelbagai aktiviti Science yang menarik yang terdapat disana. Kami juga akan membawa kanak-kanak melihat lambang Negara Singapura iaitu Merlion.

3.Dibawah ini kami sertakan senarai harga bagi lawatan ini. Bayaran ini adalah termasuk tambang bas, passport sementara, tiket masuk,sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang.

4. Kanak-kanak akan diiringi oleh guru. Nisbah guru dan murid adalah 1:3. Kami amat mengalu-alukan sekiranya ibubapa berminat untuk menyertai lawatan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Hjh Aisyah 019-7155473

merlion

masjid sultan


JOM JOIN!!!... terbuka untuk semua orang....

Tuesday 8 March 2011

Hari Sukan Dan Keluarga 2010

Pada tahun 2010 yang lalu, Butterfly Education Centre telah mengadakan Hari Sukan Dan Keluarga. ini adalah antara saat-saat yg menceriakan bagi seisi keluarga kerana pada waktu inilah seluaruh ahli keluarga berkumpul untuk menyokong ahli keluarga yang mengambil bahagian di dalam acara sukan. Semoga dengan adanya Hari Sukan Dan Keluarga ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan disamping dapat menambahkan sillaturahim diantara murid, guru dan ibubapa insyakAllah.




Thursday 3 March 2011

Happy Birthday... Selamat Hari Jadi...Januari 2011

Selamat Hari jadi kepada Nurin Binti Mohd Nizam(6) dan Waffa Azzahrah(5) ..semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat...aminnn


Nurin Mohd Nizam




Waffa Azzahrah


Rakan- rakan menyanyikan lagu hari jadi bersama-sama



rakan-rakan turut gembira

Thursday 20 January 2011

SELAMAT TAHUN 2011 DAN SELAMAT DATANG KE TADIKA AL FARASHUN Butterfly

Assalamualaikum kepada semua ibubapa, Terima kasih kerana di atas mendaftarkan anak tuan puan ke Program Pendidikan Tadika AL Farashun Butterfly. Tadika adalah langkah pertama anak-anak menerokai alam persekolahan. Maka dengan itu kami emngharapkan kerjasama dari ibubapa agar dapat membantu dalam memperkembangkan lagi prestasi anak tuan / puan. Bagi kanak-kanak yang baru pertama kali masuk ke tadika, diharap ibubapa dapat mengajar anak-anak memegang pensil dengan betul. langkah-langkah dibawah ini akan dapat membantu bagaimana untuk mengajar anak-anak memegang pensil dan sekaligus cara untuk menulis. berikan mereka pengalaman pertama menulis dengan begitu seronok..


tips-tips: 1. bagi kanak-kanak memegang pensil.

2. suruh kanak-kanak menconteng kertas putih atau kertas kosong.

3. lihat keadaan tangan mereka memegang pensil betul atau tidak. jika salah sila betulkan dan jika betul suruh mereka teruskan dengan aktiviti mereka.

4. langkah pertama ialah menyuruh mereka membuat bulatan...

5. jika sudah mahir membuat bulatan, bagi kanak-kanak buku menulis yang mempunyai titik...suruh mereka sambung titik yang sedia ada.

6. jangan marah jika anak anda membuat kesilapan, ini adalah permulaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun.

7. berikan galakkan dan ka
ta-kata pujian kepada mereka. 8. masa bagi aktiviti adalah 10 minit- 20 minit sahaja.

laman web di bawah boleh memberikan tips yang lebih jelas:
http://www.mytadika.com/pautan-parents.html