Thursday 20 January 2011

SELAMAT TAHUN 2011 DAN SELAMAT DATANG KE TADIKA AL FARASHUN Butterfly

Assalamualaikum kepada semua ibubapa, Terima kasih kerana di atas mendaftarkan anak tuan puan ke Program Pendidikan Tadika AL Farashun Butterfly. Tadika adalah langkah pertama anak-anak menerokai alam persekolahan. Maka dengan itu kami emngharapkan kerjasama dari ibubapa agar dapat membantu dalam memperkembangkan lagi prestasi anak tuan / puan. Bagi kanak-kanak yang baru pertama kali masuk ke tadika, diharap ibubapa dapat mengajar anak-anak memegang pensil dengan betul. langkah-langkah dibawah ini akan dapat membantu bagaimana untuk mengajar anak-anak memegang pensil dan sekaligus cara untuk menulis. berikan mereka pengalaman pertama menulis dengan begitu seronok..


tips-tips: 1. bagi kanak-kanak memegang pensil.

2. suruh kanak-kanak menconteng kertas putih atau kertas kosong.

3. lihat keadaan tangan mereka memegang pensil betul atau tidak. jika salah sila betulkan dan jika betul suruh mereka teruskan dengan aktiviti mereka.

4. langkah pertama ialah menyuruh mereka membuat bulatan...

5. jika sudah mahir membuat bulatan, bagi kanak-kanak buku menulis yang mempunyai titik...suruh mereka sambung titik yang sedia ada.

6. jangan marah jika anak anda membuat kesilapan, ini adalah permulaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun.

7. berikan galakkan dan ka
ta-kata pujian kepada mereka. 8. masa bagi aktiviti adalah 10 minit- 20 minit sahaja.

laman web di bawah boleh memberikan tips yang lebih jelas:
http://www.mytadika.com/pautan-parents.html