Wednesday 22 June 2011

Mari Melawat Singapura

Pada 19 Jun 2011 (ahad) Buttefly Education Centre telah membuat lawatan pergi Ke Singapura. sebanyak 2 buah bas digunakan untuk membawa peserta seramai 83 orang termasuk para guru. semua peserta amat teruja sekali, kesemua peserta telah tiba di tadika seawal jam 7:00 pagi. tepat pada pukul 7:30 pagi kesemua peserta diminta menaiki bas dan kami bertolak ke Singapura. Destinasi pertama kami ialah R&R Tuas. Disana kami menikmati Juadah Sarapan pagi. Pelbagai hidagan yang ada seperti Nasi lemak, Mee Hoon, Mee Goreng, Kuih muih DLL.
Selepas menikmati sarapan pagi, Kami meneruskan perjalanan ke Kastam Malaysia untuk diperiksa oleh pegawai kastam. setelah melepasi satu halangan kini tiba pula halangan ke-dua iaitu Kastam Singapore. Di sana pemeriksaan dilakukan keatas beg terlalu ketat, sehingga walkey talkey cikgu Umi di tahan oleh
pihak Kastam Singapore. Mujurlah ada Hj Razali iaitu suami Cikgu Umi menyelamatkan keadaan. selepas melepasi halangan ke-2, kami terus ke destinasi pertama iaitu Science Centre.




science centre


Ini adalah antara permandangan yang terdapat di Science centre. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi disana. Disana juga kita dapat mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di Science Centre.



Terdapat juga rangka manusia yang sebenar. Selepas melihat pelbagai aktiviti Science yang mengujakan, kini tiba masa untuk kami ke Omni Theather. Di Omni Theather kami menonton cerita mengenai asal usul manusia dan kejadian bumi. Omni Theather mempunyai keunikan daripada pagung wayang biasa kerana ia mempunyai skrin yang separuh bulat dan kami menonton wayang sambil terasa macam kita berada disana juga. lebih-lebih lagi apabila ia memaparkan pemandangan dari helikopter, terasa diri kita jatuh juga bersama.


Kami juga sempat bergambar dengan patung angkasawan yang diletakkan di pintu keluar Omni Theater.


Pemandangan di Merlion. pada kali terakhir kami pergi kesana pada tahun 2009. bangunan dibelakang itu belum ada lagi. Tetapi kini pada tahun 2011 sudah terdapat bangunan yang tersergam indah dibelakang kami. Begitu pantasnya kejuruteraan di Singapura. Tapi sayangnya bangunan secantik itu dikatakan sebagai tempat Casino...Alllahhuakhbar!!


Setelah penat berjalan, kini tiba waktu bersolat Zohor di Masjid Sultan. Di sekitar Masjid Sultan terdapat deretan gerai menjual pelbagai barangan seperti keychain, magnet, tudung, pakaian dan bermacam-macam lagi yang boleh dibeli oleh pelancong untuk dijadikan buah tangan ataupun sebagai tanda kenangan. Guru-guru dan murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk membeli palbagai jenis barangan yang dijual dengan harga yang agak murah.

Destinasi terakhir kami ialah Haw Par Villa, disini pelbagai patung-patung diukir mengikut tradisi orang cina. setiap patung mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Disana juga terdapat satu tempat yang begitu menarik perhatian guru-guru dan murid-murid iaitu tempat dimana ditunjukkan gambaran seperti didalam api neraka. terdapat patung-patung yang diseksa dengan pelbagai jenis seksaan. Setiap bahagian mempunyai plot-plot cerita tersendiri seperti jika suka cakap bohong, ia menunjukkan akibat lidahnya akan terjelir menjadi panjang. Disana guru-guru mengambil kesempatan untuk menjadikan ia sebagai satu pengajaran kepada murid-murid supaya mereka sentiasa berakhlak mulia. jika mereka ingkar mereka akan menerima akibat yang sama seperti iitu.


Bersemangat menaiki tangga untuk melihat pelbagai patung-patung yang menarik di Haw Par Villa.
peace!... amek nafas setelah mendaki bukit..penattt...

pemandangan di pintu masuk Haw Par Villa




Water Play..di Science Centre

antara tempat yang menarik di Science centre.

kami tiba di Tadika lebih kurang pukul 8.00 malam. Semua ibubapa, murid-murid serta guru-guru yang turut serta merasa penat didalam kegembiraan. Semoga di tahun depan kita dapat membuat program-program lawatan ke tempat-tempat yang lebih menarik yang mempunyai pelbagi input-input pengetahuan untuk murid-murid serta guru-guru.