acara tarik upih oleh ibubapa
acara tarik bola dengan gelung rotan
acara lumba lari
antara-antara hadiah yang akan diberikan kepada pemenang
selepas itu, murid-murid dengan bersemangatnya telah menyanyikan lagu negaraku serta lagu negeri johor....sayangnya..lagu jalur gemilang tidak dapat dimainkan kerana kesilapan teknikal....nampaknya usaha murid-murid berlatih membuat gaya selama sebulan setengah tidak dapat dipertontonkan kepada ibubapa...takpelah, ini semua dugaan tuhan...
Selepas itu, Pegawai Pendidikan Swasta iaitu En. Shobri bin Hajar telah merasmikan Hari Keluarga dan sukaneka kita pada tahun ini...murid-murid nampaknya tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing..tidak kurang juga ibubapa...amat tidak sabar untuk menyertai acara yang telah disediakan...
pelbagai acara-acara yang menarik termasuklah...
MURID-MURID
· Lumba lari (4 thn,5thn dan 6 thn)
· Masuk bola alam bakul (5 thn dan 6 tahun)
· Kepit bola (5 thn, 6 thn)
· Bawa bola pingpong dengan sudu (4thn, 5thn, 6thn)
· Tarik bola guna gelung rotan (5thn, 6thn)
· Isi air dalam botol ( 5thn, 6thn)
IBUBAPA
· Berjalan atas tempurung (wanita dan lelaki)
· Rebut kerusi (wanita dan lelaki)
· Tarik upih (pasangan)
· Balingan kasih sayang (pasangan)
· Tarik tali (wanita dan lelaki)
KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN
· Rebut kerusi
· Tiup belon sampai pecah
· Tarik upih
· Rebut gula-gula
· Cari gula dalam tepung
· Berjalan atas tempurung
semuanya amat seronok..disamping bermain kita juga dapat mengeratkan sillaturahim sesama kelurga mahupun rakan-rakan.... aktiviti seperti ini tidak akan kita lakukan dirumah..jadi, masa nilah kita rebut peluang yang ada untuk menunjukan kehebatan yang terpendam selama ini.
selepas berpenat lelah dan berhempas pulas.. siapa yang juara tetap membawa pulang hadiah..walaupun hadiah yang diterima tidak seberapa..tetapi bolehlah dijadikan kenangan manis..
tidak lupa juga kepada sponser-sponser kami..terima kasih..tahun depan bolehlah sponser lagi... ^_^
bermangat menyanyikan lagu Negaraku dan negeri Johor
kepada yang tidak menang pada kali ini janganlah bersedih....kita cuba lagi pada tahun hadapan...insyaallah...